Apasal macam ni?

السلام عليكم


Kau tengah duduk - duduk rehat dekat rumah, tiba - tiba kawan kau ajak keluar. Oleh kerana kawan lama yang dah lama kau tak jumpa, kau pun keluarlah juga.

Mula - mula sembang rancak - rancak, lepastu kawan kau mula keluarkan handphone dia sebab ada message masuk, dia cakap

Kejap tau pakwe aku message tanya dekat mana

Kau pun tak kisahlah kan? Lepastu sambung bersembang balik, *potpetpotpet*

Tiba - tiba *beep beep beep* bunyi handphone kawan kau tu. Kawan kau mula main message pula. Bayangkan masa tu kau tengah syok - syok bercerita.

Katakan pada aku apa perasaan kau masa tu boleh?

Andai di beri aku kekuatan, aku teringin sambar handphone tu dan campak ke lantai lepastu cakap

Kalau kau nak main handphone, tak payah ajak aku keluar pun takpe weh!

Dan blah. 

Tapi sayang, itu kawan kau. 
Diam dan teruskan minum air sampai habis. 


Blog aku ni takde link commentkan? Aku pun pening ni. Tak apalah, simpanlah dulu apa kutukan kau dulu nanti aku edit semula! Hihiiiiii

No comments: